Selasa, 20 Oktober 2020

Profil Syarikat

Salam sahabat blog


HR Marketing Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada bulan Disember 1998 bagi menerajui perniagaan di sektor penciptaan dan pembuatan barangan kosmetik dan produk kesihatan berasaskan susu kambing asli dan tulen buatan Malaysia yang buat julung kalinya mencipta formula dengan bantuan Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) serta mendapat pengiktirafan HALAL daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Perdana Menteri.

Misi syarikat adalah penglibatan secara aktif dalam dunia perubatan tempatan bagi melahirkan lebih ramai masyarakat yang prihatin terhadap aspek penjagaan diri dan kesihatan dengan bantuan barangan kosmetik dan produk kesihatan buatan Malaysia.

Visi syarikat adalah untuk mengorak langkah ke arah merealisasikan matlamat sebagai salah satu agensi yang prihatin dalam penjagaan diri dan kesihatan dengan menghasilkan pelbagai barangan kosmetik dan produk kesihatan berasaskan susu kambing seterusnya memperkenalkan barangan kosmetik pertama syarikat iaitu Sabun Susu Kambing HR.

Objektif syarikat adalah untuk menjadi agen pemasaran unggul yang menghasilkan dan memasarkan pelbagai barangan kosmetik dan produk kesihatan berasaskan susu kambing asli dan tulen hasil formula, inovasi dan inisiatif HR Marketing Sdn. Bhd.

Aspirasi kami pendukung syarikat adalah sokongan padu dari pihak yang berkaitan dan masyarakat seluruhnya dalam memberikan kepercayaan dan dorongan kepada kami memajukan syarikat seterusnya memantapkan taraf barangan penjagaan diri dan kesihatan buatan Malaysia.

Maklumat Korporat HR Marketing Sdn. Bhd.

Pejabat Berdaftar Dan Pejabat Operasi:
44, Jalan Pegawai, 05050 Alor Setar, Kedah Darul Aman

Ahli Lembaga Pengarah Syarikat

Hashim bin Jahaya
Pengerusi Eksekutif

Ismail bin Haji Awang
Pengarah



Terima kasih

0 ulasan:

Catat Ulasan