Sabtu, 10 Oktober 2020

Khasiat dan kelebihan susu kambing

Salam sahabat blog



Pakar perubatan kini cenderung kembali pada pola makan yang semulajadi (natural food), baik yang berasal dari tumbuh-tumbuhan herba mahupun dari haiwan. Demikian halnya, penggunaan susu kambing sebagai perubatan penyakit, bahkan pola ini sudah digunakan sejak ribuan tahun lalu.

Di zaman Mesir kuno, ratu cantik Cleopatra, menggunakan susu kambing sebagai bahan untuk mempercantikkan wajah dengan cara mengkonsumsinya serta digunakan untuk mandi susu bagi menjaga kehalusan kulit dan keindahan tubuhnya.

Dari hasil kajian perubatan dan bukti sejarah telah banyak membuktikan bahwa ternyata susu kambing mempunyai banyak kelebihan jika dibandingkan dengan susu haiwan ruminan yang lain seperti susu lembu, susu unta, susu kuda dan lain-lain.

Susu kambing sangat baik bagi penderita penyakit kulit, enzima serta gatal-gatal pada kulit sebagai mana yang pernah dilakukan oleh Dr. George Dermit dari Ohio, Amerika Syarikat. Dia menggunakaan terapi susu kambing bagi anak-anak yang menderita penyakit kulit tersebut. Bahkan para pakar penyakit kulit dari New Zealand, menggunakan susu kambing terhadap para pesakitnya sebagai agen meningkatkan kesihatan kulit terutama pada bahagian wajah dan ternyata ia berjaya menyembuh.

Khasiat susu kambing mengandung gizi yang tinggi, ia dapat mempercepatkan proses pertumbuhan gigi dan tulang. Juga untuk mengembalikan kesihatan seseorang ibu yang baru melahirkan anaknya akibat pendarahan sesudah melahirkan, memberikan zat besi sesudah haid, juga dapat membantu bagi seorang yang mengalami penyakit kekurangan darah (Anemia). Bagi mereka yang sudah berusia lanjut, kandungan pelbagai mineral dalam susu kambing akan mengurangkan kerapuhan tulang (Osteoporosis).

Susu kambing juga sangat berkhasiat untuk mengatasi gangguan pernafasan terapi TBC, infeksi akut pada paru-paru seperti Astma. Juga mampu mengawal kadar kolesterol dalam darah dan menyembuhkan asid urat tinggi serta masalah buah pinggang yang di sebut Nepbratic Syndrom.

Sumber dari buku yang berjudul khasiat dan manfaaat susu kambing, "Susu terbaik dari hewan Ruminansia" yang di tulis oleh Dr. Rini Damayanti Moedji, dipl. CN & Bernardius T Wahyu Wiryanta, Penerbit PT. Agro Media Pustaka, Oktober 2002 Depok Jakarta, Halaman 6 dan 7, mengungkapkan beberapa kelebihan susu kambing dibanding dengan susu dari binatang lainya antaranya:
  • Mempunyai sifat antiseptik, alami dan dapat membantu menggurangkan pembiakan bakteri jahat dalam tubuh. Hal ini di sebabkan adanya Flourine yang kadarnya 10-100 kali lebih besar dari susu lembu.
  • Bersifat alkali (Alkaline Food), sangat sesuai bagi tubuh dan paling hampir dengan susu ibu.
  • Proteinnya lembut dan kesan laktosanya ringan, sehingga tidak menyebabkan cirit-birit.
  • Lemaknya mudah dicerna kerana mempunyai tekstur yang lembut dan halus lebih kecil dibandingkan dengan butiran lemak susu lembu atau susu lainya. Dan juga bersifat Homogen alami. Hal ini mempermudah untuk dicerna sehingga mengelakkan timbulnya reaksi-reaksi alergi.
Dengan adanya Sodium (Na), Fluorine (F), Kalsium (C), dan Fosfor (P) sebagai elemen kimia yang dominan serta kandungan nutrisi lainya, maka susu kambing berkhasiat:
  • Membantu pencernaan dan menuntralkan asid perut.
  • Menyembuhkan kesan-kesan alergi pada kulit, saluran pernafasan dan pencernaan.
  • Menyembuhkan bermacam-macam penyakit paru-paru, seperti Astma, TBC, serta infeksi- infeksi penyakit lainya pada paru-paru.
  • Menyembuhkan beberapa masalah ginjal, seperti Nepbrotic Syndrom infeksi-infeksi ginjal serta asid urat tinggi.
  • Kandungan Kalsium (Ca) yang tinggi dapat membantu menyembuhkan rematik dan mencegah kerapuhan tulang (Osteoporosis).
  • Meningkatkan antibodi dan daya tahan tubuh.
  • Mengatasi masalah impotensi dan ghairah seksual, baik bagi lelaki mahupun wanita.

Berdasarkan beberapa penelitian dan kajian di Amerika Syarikat, susu kambing terbukti mempunyai kebaikan sebagai anti kanser.
Susu kambing mungkin sedikit asing bagi sebahagian orang dalam hal khasiat dahsyatnya, namun bagi penderita beberapa penyakit yang sembuh setelah mengkonsumsi susu kambing ini pasti akan menggalakkan kita meminumnya. Jabatan Pertanian Amerika (USDA) melakukan penelitian kandungan zat yang bermanfaat bagi tubuh kita dengan membandingkannya dengan susu lembu mahupun ASI sekalipun.

Mengkonsumsi susu kambing organik secara teratur akan membantu mengatasi gangguan kesihatan seperti:
  • Pencernaan, asid berlebihan dalam perut yang menyebabkan Gastrik (kembung), Maag Kronis dll.
  • Alergi pada kulit dan organ tubuh (pernafasan dan pencernaan).
  • Asma, TBC dan infeksi paru-paru akut/menahun.
  • Masalah fungsi buah pinggang (Neprotic Sindrom) atau infeksi, termasuk asid urat tinggi.
  • Masalah tulang seperti Reumatik dan Osteophorosis.
  • Stamina dan daya tahan tubuh menurun atau tenaga menurun.
  • Impotensi/Frigiditas (ghairah seksual turun).
  • Kekurangan nutrisi dan gangguan metabolisme tubuh.

Kelebihan susu kambing organik dibandingkan susu kuda/lembu:
  • Kandungan Flourine (mineral pelindung paru-paru) 10- 100 kali ganda lebih besar dari pada susu kuda/lembu. Disarankan supaya tidak meletakkan air panas yang mendidih (100 darjah celcius) kerana akan merosakkan kandungan Flourine yang sangat berfaedah bagi tubuh.
  • Mempunyai khasiat antiseptik alami yang menggurangkan pertumbuhan bakteri jahat.
  • Bersifat alkali (alkali food) sehingga sesuai dengan tubuh (untuk pencernaan). Sama dengan susu ibu (manusia) juga bersifat alkali.
  • Kandungan protein yang lembut dan kesan laktosa yang ringan sehingga tidak menyebabkan cirit-birit.
  • Kandungan lemak yang bertekstur lembut dan halus, bersifat homogen, mudah dicerna sehingga menggurangkan timbulnya reaksi alergi.
  • Mempunyai kandungan zat anti Cancer.
  • Sesuai dikonsumsi bagi mereka yang alergi terhadap susu lembu atau yang lainnya.


Terima kasih





7 ulasan:

Jinnan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

thanks infonya bermanfaat sekali,...

Unknown berkata...

HiGoat merupakan 1 produk bumiputra berasaskan susu kambing yang terbaik di pasaran. Syabas HR.

Susu kambing yang terbaik dihasilkan daripada kambing-kambing yang terbaik dari segi kesihatan. Terdapat satu trend yang sihat pada masa ini iaitu susu kambing digunakan sebagai ganti untuk susu ibu untuk bayi-bayi mereka.

Terdapat juga produk-produk lain di pasaran iaitu sabun susu kambing, kopi susu kambing dan sebagainya.

Jejaka Penyu berkata...

susu kambing kalau minum yang fresh lagi baik.cuma tahan atau tak tahan dengan bau hamis je..huhuhu

fatimah berkata...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. 17 Kebaikan susu ibu

Yolokow berkata...

khasiat susu kambing memang banyak, kena pula ia adalah makanan sunnah nabi...memang elok diamalkan selalu

isbella berkata...

I truly appreciate this article.Really thank you! Fantastic. my best whishes for you and you will countinue your work.

philippines

Catat Ulasan